Bagaimana nak mulakan perniagaan online? Apa yang perlu ada?
- Anda perlu ada line internet, kalau tak ada macamana nak online kan (wajib)
- Produk - takda produk macamana nak bisnes (wajib)
- Internet Banking - Mybank2U / CIMB click, nak guna bank lain pun boleh (wajib)
- Medium Iklan - Facebook, Twitter, Instagram, Wechat, Blog dan lain-lain (wajib)
4 perkara ni asas untuk anda memulakan perniagaan online.
Cara nak pilih produk:
- Pilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi (contoh: kesihatan, kecantikan, fesyen pendidikan, dan lain-lain)
- Jika anda tidak punya produk sendiri, boleh mulakan perniagaan dengan menjadi agen dropship/affeliate.
- Pastikan anda kenal siapa pelanggan yang akan membeli produk anda.
- Pastikan anda kenal siapa pesaing anda.
Kenapa perlu Internet Banking:
- Bagaimana anda ingin memulakan perniagaan online jika anda tidak ada internet banking.. jadi ia merupakan perkara utama yang anda perlu ada.
- Mudah bagi anda menyemak transaksi yang masuk ke akaun anda apabila pelanggan membuat bayaran.
Cara Daftar Internet Banking:
- Buka mana-mana akaun bank yang anda suka. Biasanya peniaga-peniaga online atau pelanggan-pelanggan gemar menggunakan Maybank2u dan CIMB.. jadi buka salah satu akaun bank tersebut.
- Jika anda sudah memiliki akaun CIMB atau Maybank, anda hanya daftar Internet banking di mesin ATM.
- Balik rumah, buka laman web CIMB click atau Maybank2u dan aktifkan internet banking anda.
- Jika anda memilih untuk menggunakan Maybank2u, anda perlu menyesahkan no.tel anda di kaunter bank terlebih dahulu bagi tujuan TAC no. bagi tujuan pemindahan transaksi.
Medium Iklan:
- Anda boleh memilih mana-mana medium untuk anda iklankan perniagaan anda samada melalui blog, facebook, instagram, twitter dan sebagainya.
- Jika anda memilih blog sebagi medium iklan bagi produk anda, pastikan blog anda mempunyai pelawat yang ramai. (jangan buat blog syok sendiri pulak, tiada penyunjung tiada lah pembeli nanti)
- Begitu juga dengan facebook, wechat, instagram dan twitter. Pastikan anda mempunyai friend list atau follower yang ramai yang berpotensi untuk membeli produk anda.
Ini sahaja dulu sedikit tips bagaimana hendak memulakan perniagaan online. Semoga ia dapat membantu anda untuk memulakan langkah pertama bagi memulakan perniagaan anda sendiri.
No comments:
Post a Comment